KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) disaran supaya memperluas penggunaan benih padi baharu berteknologi tinggi IS21 bagi meningkatkan pengeluaran padi negara.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata ketika ini hanya 32,000 hektar atau enam peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman padi negara ditanam dengan benih IS21 yang diinovasikan oleh Nukleur Malaysia.
"Ketika ini kadar sara diri atau self-suffiency level (SSL) pengeluaran padi negara adalah sekitar 70 peratus.
"Maka amat penting untuk negara meningkatkan pengeluaran padi negara dalam kadar segera bagi memenuhi keperluan penduduk dan mengelakkan kebergantungan pada import," katanya selepas majlis penyerahan benih padi IS21 kepada Pertubuhan Peladang kawasan Kuala Terengganu di sini pada Jumaat.
Sebanyak 200 beg benih padi disumbangkan kepada 50 pesawah di sekitar Kuala Terengganu dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka.
Benih padi berteknologi tinggi IS21 mempunyai pelbagai kelebihan dari segi ketahanan terhadap perubahan cuaca mendadak, ketahanan terhadap tekanan biotik dan abiotik serta pengeluaran hasil cepat dan mempunyai kualiti yang lebih baik dari segi zat dan nutrisi.
Dari segi penghasilan, ia boleh mengeluarkan hasil sehingga 10 tan sehektar mengikut kawasan penanaman jika diurus dengan baik dan garis panduan yang disyorkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim (duduk) meninjau pokok padi yang diusahakan penduduk di Kampung Kubang Tangga. - Foto BERNAMA
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.
MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.